Peristiwa Penting Dalam Muharam

Berikut adalah beberapa peristiwa penting yang pernah berlaku sepanjang bulan Muharam :

  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Di samping itu pada 10 Muharam sahaja telah berlaku beberapa peristiwa :

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Rujuk juga Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah

Technorati Tags: , , , , , , ,

Cara Betul Makan Buah

Apakah cara yang betul untuk memakan buah? Sebenarnya cara yang betul untuk makan buah adalah tidak memakannya selepas sajian utama sebagai pencuci mulut. Buah harus dimakan semasa perut masih kosong! Buah memainkan peranan penting untuk mendetoksifikasi sistem badan anda, termasuk membekalkan sumber tenaga untuk menurunkan berat badan dan aktiviti lain.

Buah-buahan
Katakanlah anda makan dua potong roti dan kemudian sepotong buah. Potongan buah itu sudah sedia untuk melalui perut terus ke dalam usus tetapi dihalang dari melakukannya. Sementara itu, semua makanan membusuk, ferments dan berubah menjadi asid. Begitu buah datang ke dalam kenalan dengan makanan di perut dan cairan pencernaan, turun massa makanan bermula membusuk.

Jadi makan buah-buahan anda dalam perut kosong atau sebelum makan anda! Anda telah mendengar orang mengeluh - Setiap kali aku makan semangka aku bersendawa, ketika aku makan durian perutku bloats atas, saat saya makan pisang aku merasa seperti lari ke toilet, dan lain-lain - sebenarnya semua ini tidak akan muncul jika anda makan buah dalam perut kosong. Buah bercampur dengan makanan lain dan menghasilkan gas dan dengan itu anda mengasapi! Rambut beruban, botak, gugup, letupan, lingkaran hitam di bawah mata - semua ini tidak akan terjadi jika anda mengambil buah-buahan di perut kosong. Tidak ada hal seperti beberapa buah-buahan seperti oren dan lemon bersifat asid kerana semua buah-buahan untuk menjadi alkali dalam tubuh kita, menurut Dr Herbert Sehlton.

Jika anda telah menguasai cara yang benar makan buah-buahan, anda mempunyai rahsia kecantikan, umur panjang, kesihatan, tenaga, kebahagiaan dan berat badan normal.

Ketika anda perlu minum jus buah-buah hanya minum jus segar. Bukan dari tin. Jangan minum jus yang telah dibakar. Jangan makan buah-buahan matang kerana anda tidak mendapatkan nutrisi. Anda hanya boleh merasakannya. Jadi berhenti membuat 'pisang goreng' atau 'bubur durian' jika anda ingin nutrisi. Memasak menghancurkan semua vitamin.

Makan buah yang asal lebih baik daripada minum jus. Tapi jika anda perlu minum jus, minum perlahan-lahan. Kerana anda harus membiarkannya bercampur dengan air liur anda sebelum menelannya.

Anda boleh pergi pada cepat buah 3 hari untuk membersihkan tubuh anda. Hanya makan buah dan minum jus buah selama tiga hari dan kamu akan terkejut ketika rakan anda memberitahu anda bagaimana anda tampak berseri-seri! Selama segera buah, anda boleh makan buah-buahan disusun dalam bentuk salad dan membuatnya tampak lebih menarik.

Nota : Artikel di atas dikirim melalui emel oleh seorang rakan.

Tags: , , , ,

Raja Haji Menyerang Melaka IV

Dari Ligor ke Manja Sanun,
Bendera berseri-seri,
Orang Selangor masuk menyamun,
Orang Tangkera masuk negeri.

Bendera berseri-seri,
Serindit berduyun-duyun,
Orang Tangkera masuk negeri,
Orang Peringgit pun habis turun.

Serindit berduyun-duyun,
Tempurung dibuat senduk,
Orang Peringgit pun turun,
Orang Duyung pun sudah belok.

Tempurung dibuat senduk,
Buah laka di dalam kedut,
Orang Duyung pun sudah belok,
Di dalam Melaka baharu gelut.

Buah laka di dalam kedut,
Pergi ke teluk menarah papan,
Di dalam Melaka baharu gelut,
Nasi tersenduk tidak termakan.

Technorati Tags: , ,

Maha Melihat - Opick Feat Amanda



Lirik Lagu Maha Melihat (OST Manohara)
Opick penampilan Amanda

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung


Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski dengan air mata


Technorati Tags: , , , , , ,

Beribadah Secara Ikhlas

Allah berkata. "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan beribadah secara ikhlas kepada Allah dan berpegang teguh kepada Allah."
~ Surah Al-Bayyinah, ayat 5 ~

Allah berkata, "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amal sedekah kamu dengan perbuatan mengungkit-ungkit dan berkelakuan yang menyakiti, seperti rosaknya pahala sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riyak)."
~ Surah Al-Baqarah, ayat 264 ~

Allah berkata lagi, "Mereka hanya bertujuan menunjuk-nunjuk memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali,"
~ Surah An-Nisak, ayat 142 ~

Abu Hurairah melaporkan, katanya, "Saya pernah mendengar Rasulullah berkata, "Allah yang Maha Mulia berkata, "Aku adalah Tuhan yang satu, tidak memerlukan sebarang sekutu. Sesiapa melakukan amalan untuk selain daripadaku, aku akan biarkan dia bersama sesuatu yang dia jadikan sekutuku itu."
~ Riwayat  Muslim ~

Technorati Tags: , , , , ,

Raja Haji Menyerang Melaka III

Bertangor batang berduri,
Sungai Raya negeri Asahan,
Rakyat Selangor masuk mencuri,
Sekalian kampung dibinasakan.

Sungai Raya negeri Asahan,
Merbau berbunyi di kayu ara,
Habis rakyat dibinasakan,
Kerbau dicuri muntahkan darah.

Merbau berbunyi di kayu ara,
Tetak akar pisang rajahan,
Kerbau dicuri muntahkan darah,
Hilang asal kerajaan.

Tetak akar pisang rajahan,
bakul lama berisi duri,
Hilang asak kerajaan,
Tinggalkan nama raja pencuri.

Bakul berisi duri,
Dari Ligor ke Manja Sanun,
Tinggalkan nama raja pencuri,
Rakyat Selangor masuk menyamun.

Technorati Tags: , ,

Petua Hilangkan Jerawat II

Beberapa hari yang lalu telah dipaparkan Petua Hilangkan Jerawat I, ini merupakan sambungannya. Masalah jerawat memang masalah yang biasa dihadapi oleh remaja. Berikut beberapa lagi petua untuk menghilangkannya.
  • Masak secekak daun inai bersama dua cawan air. Biarkan hingga mendidih. Setelah sejuk, sapukan pada jerawat. Amalkan setiap hari sehingga jerawat hilang.
  • Picit jerawat dengan tangan yang bersih. Selepas itu, sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat. Lakukan selalu insyaAllah jerawat tidak akan tumbuh lagi.
  • Kisarkan kacang hijau dengan menggunakan sedikit air. Sapukan pada muka dan seluruh anggota tubuh semasa mandi. Biarkan selama dua hingga tiga minit. Amalkan petua ini setiap kali anda mandi.
  • Ambil beberapa banyak kulit timun. Tumbuk hingga lumat. Pupurkan kulit timun yang ditumbuk tadi ke muka yang terdapat kesan jerawat. Biarkan setengah jam sebelum dibersihkan. Amalkan petua ini setiap hari.
  • Tumbuk seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Titik pada jerawat secara melata pada muka. Lakukan sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
  • Campurkan susu, mandu, dan putih telur. Kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit. Selepas itu, bilas dengan air. Amalkan selalu.
  • Tumbuk lumat beberapa helai daun pengaga bersama sedikit beras. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada muka. Lakukan pada waktu malam setiap hari hingga kesan jerawat hilang.
  • Campurkan perahan air limau dengan sedikit tepung beras. Gaul hingga sebati dan sapukan ke muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air. Amalkan selalu.
Keberkesanan setiap petua ini bergantung juga kepada jenis dan keadaan kulit muka masing-masing. Selamat mencuba.

Technorati Tags: , , , ,

Mencaci Demam

Jabir melaporkan, "Rasulullah masuk berjumpa Ummu Saib atau Ummu Musayyab. Beliau bertanya, "Mengapa puan menggigil, wahai Ummu Saib?"

Jawab Ummu Saib, "Demam. Semoga Allah tidak memberi kebaikan kepadanya!"

Rasulullah pun berkata, "Puan jangan mencaci demam kerana demam dapat menghapuskan kesalahan manusia, sama seperti relau dapat menghilangkan karat besi.""

- Muslim

Technorati Tags: , , , , ,

Pimpinan Orang - Cicero

Orang yang bijak dipimpin oleh akalnya,
Orang yang biasa dipimpin oleh pengalamannya,
Orang yang bodoh dipimpin oleh keperluannya,
Orang yang zalim dipimpin oleh kata hatinya.

- Cicero

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Raja Haji Menyerang Melaka II

Bila pinang di kayu laka,
China menampi di dalam perahu,
Pak Sayang terbilang di Melaka,
Syina Tambi dijemput menjamu.

China menampi di dalam perahu,
Di dalam dulang ikan belanak,
Syina Tambi jemput menjamu,
Pak Sayang pulang mengambil anak.

Di dalam dulang ikan belanak,
Bentangor kayu berbatang,
Pak Sayang pulang mengambil anak,
Orang Selangor pun sudah datang.

Bentangor kayu berbatang,
Bunga tanjung bertali-tali,
Orang Selangor pun sudah datang,
Rakyat Tanjung pun sudah lari.

Bunga tanjung bertali-tali,
Bertangor batang berduri,
Orang Tanjung pun sudah lari,
Rakyat Selangor masuk mencuri.

Technorati Tags: , ,

Petua Hilangkan Jerawat I

Semua orang terutamanya para remaja sedia maklum bahawa masalah jerawat di muka merupakan salah satu perkara yang cuba dielakkan. Jika masih belum ada masalah jerawat mungkin boleh rujuk kepada Petua Menghindari Jerawat tetapi jika sedang menghadapinya mungkin petua yang berikut boleh membantu.
  • Rendam asam gelugur semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu kemudian campurkan dengan air rendaman tadi. Sapukan di muka. Biarkan beberapa minit. Lakukan dua kali seminggu.
  • Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tepekkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
  • Giling beras dengan daun inai hingga lumat. Bulatkan adunan sebesar duit lima sen dan jemur hingga kering. Apabila hendak menggunakannya, titis sedikit air limau nipis. Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.
  • Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Lakukan seberapa kerap yang boleh.
  • Gosok beberapa helai pucuk daun tanjung pada telapak tangan, kalau boleh biar hingga lumat. Kemudian gosokkan ke muka dan biarkan kering. Basuh muka dengan air bersih. Amalkan setiap hari.
  • Campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering basuh kering basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu.
  • Belah dua biji tomato. Sapukan rata pada muka sebelum tidur. Biarkan sehingga kering. Buangkan biji tomato yang melekat di muka. Keesokan harinya, basuh muka dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
bersambung ke Petua Hilangkan Jerawat II

Technorati Tags: , , , ,

Mengambil Harta Anak Yatim

Allah swt berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka hanya menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala."

~ Surah An-Nisak, ayat 10 ~

Allah swt berfirman, "Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik iaitu bagi mengawal dan mengembangkannya."

~ Surah Al-An'am, ayat 152 ~

Allah swt berfirman, "Dan mereka bertanya lagi kepadamu wahai Muhammad, mengenai masalah anak-anak yatim. Katakan, "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu perbuatan yang baik, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka, maka tidak ada salahnya kerana mereka itu adalah saudara-saudara seagama kamu, dan Allah mengetahui orang yang merosakkan harta benda mereka daripada orang yang hendak memperbaikinya."

~ Surah Al-Baqarah, ayat 220 ~

Abu Hurairah melaporkan, "Nabi Muhammad pernah berkata, "Jauhkan diri saudara-saudara daripada tujuh dosa yang boleh merosakkan!"

Sahabat-sahabat bertanya, "Wahai utusan Allah, apakah perkara-perkara itu?"

Nabi Muhammad menjawab, "Menyekutukan Allah, mengamalkan sihir, membunuh nyawa yang Allah haramkan kecuali dengan sebab yang dibenarkan, mengamalkan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri daripada medan peperangan dan menuduh perempuan-perempuan beriman, sopan dan menjaga maruah diri melakukan zina."

~ Bukhari dan Muslim ~

Masa Dan Waktunya

Ada waktu yang baik, ada waktu yang tidak;
Ada usia penuh dengan kebijaksanaan, ada yang penuh kebodohan;
Ada musim disirami cahaya, ada musim diserkup kegelapan;
Ada masa penuh harapan, ada ketika penuh kekecewaan;

Kita ada segala-galanya di depan kita;
Kita semua melangkah ke syurga,
Kita juga melangkah ke arah sebaliknya.

- Charles Dickens
(A Tale of The Two Cities)

Technorati Tags: , , , , ,

Raja Haji Menyerang Melaka I

Bertangor batang merbau,
Perling di dalam perangkap,
Raja Selangor tiba ke Rembau,
Orang Keling habis tertangkap.

Perling di dalam perangkap,
Raya di hulu berampasan,
Orang Keling lalu tertangkap,
Datuk Penghulu melepaskan.

Raya di hulu berampasan,
Terlayang batang lembing,
Datuk Penghulu melepaskan,
Disuruh Pak Sayang membawa Keling.

Terlayang batang lembing,
Rumpun temu di dalam raja,
Disuruh Pak Sayang membawa Keling,
Lalu bertemu di dalam raga.

Rumpun temu di dalam raja,
Benang di kayu laka,
Sudah bertemu pada Wolanda,
Pak Sayang terbilang di Melaka.

Technorati Tags: , ,

Matlamat Pendidikan - John Mason

Matlamat pendidikan haruslah mengubah minda supaya menjadi seperti mata air yang mengalir, bukannya seperti sebuah takungan, yang diisi dengan pam dan dikosongkan dengan pam juga.

- John Mason

Technorati Tags: , , , , ,

Kemahuan Membara Semua Menjadi

Kemahuan adalah laksana orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat - Arthur Schopenhauer.

Sibuta perkasa tanpa bimbingan orang celik sudah pasti dia kehilangan arah. Keperkasaan fizikalnya itu tidak boleh membantunya. Kemudian silumpuh yang boleh melihat walaupun nampak dengan jelas arah tujuan ke sesuatu destinasi tetapi tidak mampu ke sana akibat lumpuh.

Walaupun begitu apabila keperkasaan orang buta digabungkan dengan penglihatan orang lumpuh, maka mereka berdua boleh pergi ke mana sahaja. Demikian bagaimana Schopenhauer memberi tafsiran kepada istilah "kemahuan".

Dalam erti kata lain, dengan kemahuan yang membara semua kerja boleh menjadi. Apabila ada kemahuan kuat diibaratkan yang buta dapat melihat dan yang lumpuh dapat berjalan. Perkara yang sukar akan kelihatan senang. Sebaliknya jika tidak ada kemahuan, semua perkara akan nampak sukar walaupun yang senang.

Apakah anda ingin mencapai sesuatu cita-cita atau matlamat? Benar-benar hendak mendapatkannya? Kalau ada kemahuan, semuanya menjadi!

Technorati Tags: , , , , , ,

Petua Merawat Kulit Terbakar Matahari

Apabila berada di luar bangunan terlalu lama akan menyebabkan kulit badan terutama di muka akan terdedah kepada pancaran cahaya matahari. Akibatnya ada dikalangan kita yang akan mengalami kulit terbakar terkena pancaran matahari ini. Di sini dipaparkan beberapa petua untuk mengatasinya;
  • Sapukan isi aloe vera dan sapukan ke seluruh muka. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya selepas beberapa hari.
  • Campurkan sedikit tepung gandum dengan sedikit madu, putih telur dan air limau nipis. Selepas itu, sapukan seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut. Biarkan sehingga kering barulah dibilas dengan air. Amalkan selalu.
  • Kisar enam biji timun dan campurkan dengan dua sudu besar susu tepung. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar tadi dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengna air suam.
  • Belah dua biji tomata kemudian gosokkan pada kulit wajah selama 5 - 10 minit dan tunggu sehingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam.

Technorati Tags: , , , , ,

Kejahatan Kejahilan - Albert Camus

Kejahatan berada dalam dunia yang penuh dengan kejahilan dan kurangnya kefahaman boleh menyebabkan niat yang baik membawa kecelakaan sama seperti niat yang jahat.

- Albert Camus (The Plague)

Technorati Tags: , , , ,

Belajar Dengan Yang Telah Belajar

Menurut Saidina Umar Al Khattab, manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.

Sebagai seorang pelajar, kita menang masih belajar dan pasti akan membuat kesilapan. Dalam usia yang masih muda juga ada banyak lagi perkara dalam hidup yang tidak diketahui oleh kita. Oleh itu salah satu cara terbaik untuk belajar dan mengurangkan kesilapan ialah dengan belajar daripada mereka yang telah pun melalui yang akan kita lalui.

Jadi nasihat-nasihat daripada orang yang lebih dewasa daripada kita, yang lebih bijak daripada kita dan yang lebih berpengalaman daripada kita perlu kita dengar. Kebijaksanaan dan pengalaman mereka ini dapat membantu kita membuat keputusan yang lebih baik. Adakalanya kita memang perlu mendapatkan nasihat daripada mereka ini.

Setiap orang yang berjaya ada mentor masing-masing. Daripada mentor tersebutlah mereka mendapatkan pelbagai nasihat berkaitan dengan perniagaan, pekerjaan dan sebagainya.

Malang sekali ada juga di kalangan pelajar yang sama ada sombong tidak mahu mendengar nasihat atau pun bodoh tidak mahu mengikut nasihat. Ini bertepatan sekali dengan satu bidalan Melayu, "Bodoh tak dengar kata, cerdik tak boleh ikut".

Oleh itu kita perlulah belajar dengan orang telah belajar terlebih dahulu daripada kita.

Technorati Tags: , , , ,

Petua Atasi Rambut Kering

Rambut juga ada yang bermasalah, salah satu daripadanya adalah kering tidak bermaya. Di antara petua untuk mengatasinya adalah;
  • Panaskan satu cawan minyak zaitun selama lima minit dan sapukan pada rambut. Balut kepala dengan tuala dan panaskan dengan menggunakan pengering rambut selama setengah jam. Sapukan bedak pada rambut dan sikat sehingga minyak yang berlebihan keluar. Kemudian barulah disyampu.
  • Ramaskan beberapa helai daun durian belanda dalam air. Jaramkan kepada dengan air tersebut selama lima hingga sepuluh minit. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.
Kerap amalkan petua di atas akan membantu mengatasi masalah rambut kering.

Technorati Tags: , , , ,

Kejayaan Dan Kegagalan - Mizners

Berbaik-baiklah dengan semua orang semasa anda sedang naik kerana anda memerlukan mereka apabila hidup anda sedang menurun.

- Wilson Mizners (Petikan dalam The Incredible Mizners oleh A. Johnson)

Technorati Tags: , , , ,

Persediaan Awal Amalan Pelajar Cemerlang

Berusahalah sementara ada kesempatan jangan menunggu hingga kesempitan. Masa berlalu dengan pantas sekali. Tanpa disedari sudah penghujung tahun dan sudah hampit dengan peperiksaan serta kesuntukan masa untuk membuat persiapanj peperiksaan yang rapi. Oleh itu bersedialah dari awal-awal lagi.

Bayangkan dua pasukan yang bertanding dalam permainan ragbi. Bagi pasukan A mereka menyediakan diri dan membuat latihan sedikit demio sedikit lebih setahun yang lalu. Pasukan B pula hanya berlatih bersungguh-sungguh tiga minggu sebelum perlawanan bermula. Secara umumnya pada hari pertandingan kita boleh melihat perbezaan yang ketara antara pasukan berkenaan.

Kenapa begitu? Yang jelas satu pasukan sudah lebih bersedia dan satu pasukan lagi kurang bersedia.

Kecemerlangan, kejayaan atau kemenangan tidak boleh diperolehi dengan mudah. Ia memerlukan banyak latihan. Lagi awal kita membuat latihan maka lagi cerahlah peluang kita untuk meraih kejayaan.

Persiapan menghadapi apa juga acara tidak kira samada sebuah persembahan, perjumpaan, majlis maupun peperiksaan perlu dilakukan dengan seawal mungkin. Jika ditunggu pada saat akhir, yakni hanya beberapa minggu sebelum perkara tersebut tiba baru hendak membuat latihan atau persiapan, kita sudah kesempitan masa.

Oleh itu berusahalah sementara ada kesempatan dan jangan menunggu hingga kesimpatan.

Technorati Tags: , , , ,

Sejarah Kehidupan - Jawarhalal

Apa yang kita pelajari daripada sejarah menunjukkan pada kita yang kehidupan ini selalunya sangat kejam dan zalim.

Untuk membanggakannya, atau semata-mata menyalahkan orang lain berkaitan dengannya, adalah bodoh dan tidak berfaedah.

- Jawarhalal Nehru


Technorati Tags: , , , ,

Kehidupan Masa Silam, Kini Dan Akan Datang

Kehidupan sebenarnya adalah masa silam dan masa akan datang - masa kini hanyalah permulaan yang aneh, di mana kita menggunakan masa lalu dan masa silam sebagai saksi bahawa kita sedang hidup.

- Eugune O' Neil (Strange Interlude)

Technorati Tags: , , , ,