Belajar Dengan Yang Telah Belajar

Menurut Saidina Umar Al Khattab, manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.

Sebagai seorang pelajar, kita menang masih belajar dan pasti akan membuat kesilapan. Dalam usia yang masih muda juga ada banyak lagi perkara dalam hidup yang tidak diketahui oleh kita. Oleh itu salah satu cara terbaik untuk belajar dan mengurangkan kesilapan ialah dengan belajar daripada mereka yang telah pun melalui yang akan kita lalui.

Jadi nasihat-nasihat daripada orang yang lebih dewasa daripada kita, yang lebih bijak daripada kita dan yang lebih berpengalaman daripada kita perlu kita dengar. Kebijaksanaan dan pengalaman mereka ini dapat membantu kita membuat keputusan yang lebih baik. Adakalanya kita memang perlu mendapatkan nasihat daripada mereka ini.

Setiap orang yang berjaya ada mentor masing-masing. Daripada mentor tersebutlah mereka mendapatkan pelbagai nasihat berkaitan dengan perniagaan, pekerjaan dan sebagainya.

Malang sekali ada juga di kalangan pelajar yang sama ada sombong tidak mahu mendengar nasihat atau pun bodoh tidak mahu mengikut nasihat. Ini bertepatan sekali dengan satu bidalan Melayu, "Bodoh tak dengar kata, cerdik tak boleh ikut".

Oleh itu kita perlulah belajar dengan orang telah belajar terlebih dahulu daripada kita.

Technorati Tags: , , , ,