Petua Hilangkan Jerawat II

Beberapa hari yang lalu telah dipaparkan Petua Hilangkan Jerawat I, ini merupakan sambungannya. Masalah jerawat memang masalah yang biasa dihadapi oleh remaja. Berikut beberapa lagi petua untuk menghilangkannya.
  • Masak secekak daun inai bersama dua cawan air. Biarkan hingga mendidih. Setelah sejuk, sapukan pada jerawat. Amalkan setiap hari sehingga jerawat hilang.
  • Picit jerawat dengan tangan yang bersih. Selepas itu, sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat. Lakukan selalu insyaAllah jerawat tidak akan tumbuh lagi.
  • Kisarkan kacang hijau dengan menggunakan sedikit air. Sapukan pada muka dan seluruh anggota tubuh semasa mandi. Biarkan selama dua hingga tiga minit. Amalkan petua ini setiap kali anda mandi.
  • Ambil beberapa banyak kulit timun. Tumbuk hingga lumat. Pupurkan kulit timun yang ditumbuk tadi ke muka yang terdapat kesan jerawat. Biarkan setengah jam sebelum dibersihkan. Amalkan petua ini setiap hari.
  • Tumbuk seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Titik pada jerawat secara melata pada muka. Lakukan sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
  • Campurkan susu, mandu, dan putih telur. Kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit. Selepas itu, bilas dengan air. Amalkan selalu.
  • Tumbuk lumat beberapa helai daun pengaga bersama sedikit beras. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada muka. Lakukan pada waktu malam setiap hari hingga kesan jerawat hilang.
  • Campurkan perahan air limau dengan sedikit tepung beras. Gaul hingga sebati dan sapukan ke muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air. Amalkan selalu.
Keberkesanan setiap petua ini bergantung juga kepada jenis dan keadaan kulit muka masing-masing. Selamat mencuba.

Technorati Tags: , , , ,
AddThis Social Bookmark Button

1 comments:

December 11, 2010 at 8:09 PM Mawar Berduri said...

berkesan ke petua ni..?huhu

Post a Comment