- Selepas bangun tidur, amalkan minum air suam segelas dan selawat sebanyak tiga kali. Amalkan setiap hari akan membantu muka anda berseri-seri dan kekal awet muda.
- Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di dagu. Pusing-pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. akukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
- Gambir ditimbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan perahan air limau kasturi. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Setelah itu, bilas dengan air. Lakukan setiap hari atau berselang-seli. Hasilnya kulit akan bertambah halus dan awet muda.
- Campurkan dua biji telur penyu mentah dengan air perahan dua biji limau kasturi, madu lebah pekat dan juga sebiji telur ayam kampung. Gaul hingga sebati. Sesudah itu, minum sehingga habis. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan pagi.
- Pucuk gajus yang telah dibersihkan dimakan begitu sahaja sebagai ulam ketika makan nasi ataupun diminum air rebusannya.
- Makan daun pudina mentah setiap hari. Jadikan sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan selalu.
Tuesday, July 29, 2008
Petua Muka Awet Muda
Labels:
Petua
Subscribe to:
Post Comments
2 comments:
alhamdulillah..banyak info berguna. Kalau bangun tidor terus angkat tangan berdoa lagi bagus..lepas tu terus minum air kosong sebaiknya 4 gelas..sangat membantu membersihkan perut anda dipagi hari. pasti selesa sapanjang hari. Nak kongsi lagi tips- tips menarik.. layarilah blog saya..anda pasti teruja.
http://suriberreh.blogspot.com/2011/04/awet-muda.html
mohon share:))
Post a Comment