Pantun Dua Baris

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Mengaku dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Durian Teluk Emas,
Siapa kemudian dia kemas.

Cempedak berbulu durian berduri,
Berjahat dulu kemudian berbini.

Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci.

Ulat bulu panjat durian,
Sakit dahulu sedap kemudian.

Keli masuk haruan keluar,
Matahari masuk bulan keluar.

Duduk inding enggang tap,
Senduk di dinding, panggang di atap.

Secupak padi, setahil berangan,
Tersepak kaki, terkehel tangan.

Kapal belayar dalam semak,
Perut lapar semua lemak.

Technorati Tags: , , , ,
AddThis Social Bookmark Button

1 comments:

November 30, 2008 at 6:02 PM alex said...

'duduk inding enggang tap'
I know enggang is a kind of bird. But, what is the meaning of 'inding' and 'tap'? And what is the meaning of the whole sentence?

Post a Comment