Pantun Budi

Anak itik matinya lemas,
Makan lenggudi di Bukit Askin
Hilanglah bahasa kerana emas,
Tak tampak budi kerana miskin.

Saya tidak menanam nenas.
Tanam kepaya di dalam padi,
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.

Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi,
Emas merah ada berharga,
Budi Bahasa bernilai abadi.

Pucuk nipah kelibatan,
Terletak mari di tepi pantai,
Biarlah rosak dalam lipatan,
Jangan rosak kena pakai.

Perabu lancang dari Petani,
Naik ke darat membeli kain,
Buah macang serupa keuini,
Rupanya sama rasanya lain.

Technorati Tags: , , , ,
AddThis Social Bookmark Button

3 comments:

April 1, 2008 at 7:07 PM dora said...

bagus2
mana dpt pantun ni?
cikgu bM?
saya mmg minat pantun2 ni
dari zmn sekolah lagi

April 4, 2008 at 10:54 AM Azhad said...

Pantun ni saya dapat dari sebuah buku lama.
Tidak, saya bukan seorang guru.

May 16, 2012 at 9:05 PM ahaniez said...

bleh x tolong cri pantun yang berkenaan dgn internet,lau bleh pasal kebaikan internet bb saya nk masuk pentndingn menuliz surat 1 MALAYSIA!!!
DH PUAZ SAYA pikir aperlah pantun yg paling sesuai..tpi 0tak x jlan!!
BANTULAH SAYA...
T_T

Post a Comment