Petua Menyembuhkan Ketuat

Ketuat merupakan satu masalah yang biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki.

Walaupun begitu ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;
  • Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
  • Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
  • Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
  • Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
  • Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
Technorati Tags: , ,
AddThis Social Bookmark Button

5 comments:

February 3, 2011 at 11:48 AM Love hurt aeNnn said...

i nak cuba lahh. i ade ketuat. tak suke betul. hmm. thanks .

June 25, 2011 at 9:58 PM Zul Fattah said...

nice..boleh copy.. nk guna..saya naik ketuat di kaki ni..org kata..kalau naaik ketuat ni..org tu pemalas ..betul kew.?

September 22, 2011 at 10:10 PM Fzah Ruslan said...

klu ade ketuat tu,ye la kot pemalas. malas jaga kebersihan.;p

because ketuat terhasil sbb kuman. kalau dicabut keluar akar ketuat tu, careful dgn darah yg keluar, mesti kawal. kuman dr darah boleh menjangkiti kawasan yg terkena darah tu. =)

September 9, 2015 at 7:12 AM Susi La said...

Ketuat 2 kutil kan? Bknyer kematu lematu 2 lebar mcm dlm gambar2 aduhai

September 9, 2015 at 7:25 AM Susi La said...

Ketuat 2 kutil kan? Bknyer kematu lematu 2 lebar mcm dlm gambar2 aduhai

Post a Comment