Gurindam Nasihat

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.

Technorati Tags: , ,
AddThis Social Bookmark Button

4 comments:

April 1, 2008 at 7:10 PM anis said...

bagus la en.azhad ni
org zmn skrg dah tak tahu menilai pantun gurindam lama
sedangkan bahasa menunjukkan bangsa

April 4, 2008 at 10:57 AM Azhad said...

Terima kasih anis.
Memang betul, sekarang ni amat kurang yang meminati pantun gurindam.

December 14, 2010 at 10:12 PM army said...

Macam sm ngan gurindam 12 olah Raja Ali Haji..Sgt menarik dan sesuai untuk dijadikan ingatan dlm hidup..;)

Post a Comment