Balik pokok batang setawar,
Bintang di langit kena tuju,
Matahari turun minta penawar.
Kembang tersenyum bunga China,
Tiga denga gandasuli,
Sekalian alam habis fana,
Tuan juga yang tajalli.
Anak yu disangka lampam,
Kalau lampam mana locatnya?
Kalau rindu disangka demam,
Kalau demam mana pucatnya?
Rotan batu rotan udang,
Anak sebarau di atas lada,
Sahaya tak tahu larangan orang,
Sahaya menumpang bergurau sahaja.
Pukul gendang tiup serunai,
Raja berangkat ke seberang,
Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang.
Technorati Tags: hikmah, pantun, puisi, kasih, sayang, kias