Pantun Bersanding

Waris perempuan
Tatang puan tatang cerana
Tatang biduk Seri Rama
Datanglah tuan datanglah nyawa
Datanglah duduk bersama-sama

Diri-diri pagar Cik Naik
Galu-galu anak tangganya
Encik terdiri marilah naik
Saya tak tahu menyebut namanya

Nak tajuk tajuklah puan
Ramunggai batang berduri
Nak masuk masuklah tuan
Timbanglah cukai adat negeri

Waris lelaki
Belatuk lagi terbang
Ini pula si burung nuri
Hukum datuk lagiku timbang
Inikan pula cukai negeri

Technorati Tags: , , ,
AddThis Social Bookmark Button

1 comments:

April 19, 2011 at 10:31 AM Laman Pahang said...

Pantun yang seronok dibaca. Boleh digunakan dalam majlis kawin. Terima kasih.

[http://lamanperpustakaan.blogspot.com/2011/04/gambar-kawin-shah-2.html]

Post a Comment