Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air".
Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
- Bertaubat
- Menyesali dosa yang telah dilakukan
- Tidak tergila-gilakan dunia
- Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
- Tinggalkan sifat berbangga
- Tinggalkan sifat khianat dan menipu
- Meninggalkan sifat dengki."
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
- Aku sedang berhadapan dengan Allah,
- Syurga di sebelah kananku,
- Neraka di sebelah kiriku,
- Malaikat Maut berada di belakangku, dan
- Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Tags: hikmah, agama, wuduk, zahir, batin, solat
0 comments:
Post a Comment