Malah, risiko barah ginjal semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia. Lebih 90 peratus daripada kes membabitkan mereka yang didiagnos dengan barah ginjal adalah pesakit yang berusia 45 tahun ke atas.
Pakar Onkologi Klinikal dan Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Gucharan Singh Khera, berkata umumnya pada waktu didiagnos, barah berkenaan sudah mengalami metastatis (merebak ke bahagian tubuh yang lain) di kalangan satu pertiga pesakit.
Dr Gucharan berkata, sehingga kini 208,000 orang di seluruh dunia didapati menghidap barah buah pinggang setiap tahun manakala 102,000 individu meninggal dunia akibat penyakit itu setahun. Pada tahun lalu, 51,000 kes barah ginjal didiagnos di Amerika Syarikat dengan membabitkan 13,000 kematian.
Katanya, walaupun wujud kemajuan dalam usaha memahami mekanisme pertumbuhan pelbagai jenis barah, barah ginjal masih menjadi penyakit yang belum difahami sepenuhnya.
“Apabila barah ginjal berada pada tahap lanjut, ia sangat sukar dikawal. Pada umumnya barah ginjal adalah penyakit yang tidak bertindak balas dengan kemoterapi atau terapi hormon,” katanya.
Menurut laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan mengenai kes barah di Malaysia pada 2003, ada 305 kes barah ginjal disahkan secara diagnosis di Semenanjung.
Faktor risiko
- Pesakit yang menjalani dialisis ginjal dan mereka yang mempunyai sejarah barah ginjal dalam keluarga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk diserang penyakit ini.
- Merokok adalah faktor risiko utama barah ginjal. Perokok memiliki kebarangkalian dua kali ganda lebih tinggi berhadapan barah ginjal berbanding mereka yang tidak merokok.
- Obesiti dan penggunaan ubat penahan atau pelega kesakitan dalam jangka panjang juga boleh mengundang masalah ini.
Simptom
- Darah dalam air kencing
- Sakit belakang
- Sakit pada sisi badan yang tidak hilang
- Sakit atau pembesaran pada abdomen
- Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya
- Hilang selera makan
- Badan letih dan lesu
Rawatan
Rawatan barah ginjal bergantung pada tahap seriusnya penyakit itu dan keadaan kesihatan pesakit secara menyeluruh.
Terapi utama bagi barah ginjal adalah pembedahan. Bagaimanapun, ia hanya berkesan jika semua barah dapat dibuang. Rawatan radiasi juga boleh dibuat apabila barah sudah merebak ke luar ginjal.
Selain itu, pesakit boleh menggunakan rawatan kemoterapi tetapi rawatan ini hanya boleh dilakukan pada sesetengah pesakit saja.
Ada kaedah terapi baru yang digunakan kepada pesakit barah ginjal yang bertindak ke atas bahagian khusus sel barah. Rawatan ini menunjukkan keberkesanannya dalam rawatan pesakit barah ginjal lanjutan. Ini termasuk ubat menghalang pertumbuhan sel darah baru dan ubat yang mensasarkan faktor pertumbuhan sel penting yang lain.
Bayer Schering Pharma baru-baru ini, memperkenalkan sejenis pil oral yang diambil dua kali sehari. Pil ini dikenali sebagai Nexavar yang bertindak merencatkan pembentukan salur darah baru yang membekalkan darah dan nutrisi kepada tumor.
Technorati Tags: hikmah, kesihatan, ginjal, buah pinggang, simpton, rawatan
1 comments:
Assalamualaikum...
Dikesempatan yang berharga ini ingin dikongsi buat pembaca semua tentang permasalahan penyakit yang sangat digeruni oleh masyarakat dunia hari ini iaitu barah.
Apabila kita disahkan oleh doktor yang sebenarnya kita menghadapi penyakit yang pada anggapan kita boleh membunuh. Pada ketika itu juga kita mengalami tekanan emosi dan berbagai-bagai penyakit lain lagi yang datang mengundang dek kerana kita dan masyarakat seluruhnya telah diserang penyakit 'fobia barah'. Bagi kita tidak ada kesembuhan dan harapan lagi untuk meneruskan kehidupan ini. Hilang sudah keyakinan dan keimanan kita kepada Tuhan yang Maha Berkuasa Mutlak. Pada kita apa yang dinyatakan oleh pihak perubatan itulah hakikat yang terpaksa dihadapi. Lupakah kita bahawa Allah tidak turunkan penyakit kecuali beserta dengan penawarnya. Ujian hidup yang terpaksa dihadapi oleh setiap insan memerlukan ketabahan dan usaha yang tidak kenal erti putus asa dalam ikhtiar mencari kesembuhan. Mungkin usaha kita masih lagi belum sampai dengan kehendak Allah atau mungkin masih lagi kita tidak ketemui penawar yang sepatutnya bagi penyakit yang kita alami itu.
Para pengamal pengubatan tradisional telah lama menemui penawar berharga ini namun kurang keyakinan kita kepada herba-herba orang kampung maka kita langsung tidak pandang kepada ikhtiar mereka.
Ingin dikongsi di sini alhamdulillah herba hutan penawar barah telah banyak membantu mereka yang menghidapi penyakit ini. ianya adalah herba hutan 100% tanpa dicampur dengan sebarang bahan lain. Cara penyediaannya secara tradisional. Tidak memerlukan kos yang tinggi insya Allah. Bagi tuan/puan yang ingin mendapatkan penjelasan dengan lebih panjang lebar berkenaan dengan herba ini boleh lah datang ke klinik Darus Syifa' Cawangan Telok Panglima Garang,Kuala Langat,Selangor atau menghubungi perawat ust.Hj.Basri(019 2073 583) ust.Puad(013 2472 163)
Semoga ianya dapat membantu di atas musibah yang dialami insya Allah.
Berusahalah dengan penuh keyakinan bahawa kesembuhan itu adalah hak mutlak Allah Taala.
wassalam
Post a Comment