Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan samada untuk mengurangkan atau menghilangkan bau badan;
- Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuh hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.
- Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu.
- Selepas mandi gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.
- Kupas sebiji timun muda dan dibasuh bersih. Gosokkan di bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukannya sebaik sahaja selepas mandi dan sekerap mungkin.
- Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.
- Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
- Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.
- Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
- Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.
Technorati Tags: hikmah, petua, bau badan




5 comments:
To The Point yah..
Silahkan gunakan produk deBac7,
ramai sudah orang senang dengan produk ini..
Informasi detail :
http://www.CegahBauBadan.com
atau
SMS / Call : 081361762029
Salam Hangat,
Johan
Jl. Selam V No. 68
Medan
Sumatera Utara
Indonesia
Terima kasih atas petua nya..
sebagai sharing saja, saya juga ada pakai deBac7, sekarang tidak ada lagi masalah mau badan,
praktis, aman dan nyaman, itulah yang saya rasakan dengan memakai deBac7...
Salah Hangat...
Joni
Petual menghilangkan bau badan, jika anda masih kecewa dengan pelbagai cara yang pernah anda cuba, cubalah cara saya. Saya temuinya lebihkurang 7 tahun yang lalu, dan alhamdulillah. Layari http://penampilan.wetpaint.com untuk mendapatkan penjelasan ringkas tentang puncanya. mola (ybmola@yahoo.com)
Petua-petua di sini boleh diamalkan. Jika serasi, insyaAllah lenyaplah masalah bau badan anda. Tetapi sebenarnya ada sejenis bau badan yang berpunca dari baktiria, yang sangat sukar mengatasinya. Ramai yang terus kecewa. Saya cadangkan baca di http://penampilan.wetpaint.com Di sana ada cara menghilangkannya. InsyaAllah dalam 5 hari selesai. mola.
Bau badan yang kurang senang memang 'common' di kalangan masyarakat asia..apa boleh buat..cuaca panas.
Ada juga cara2 yang sebenarnya mudah, tapi tidak pernah terfikir utk hilangkan bau badan. Di sini ada contohnya...Elakkan Bau Badan
Post a Comment