Petua Hilangkan Jerawat I

Semua orang terutamanya para remaja sedia maklum bahawa masalah jerawat di muka merupakan salah satu perkara yang cuba dielakkan. Jika masih belum ada masalah jerawat mungkin boleh rujuk kepada Petua Menghindari Jerawat tetapi jika sedang menghadapinya mungkin petua yang berikut boleh membantu.
  • Rendam asam gelugur semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu kemudian campurkan dengan air rendaman tadi. Sapukan di muka. Biarkan beberapa minit. Lakukan dua kali seminggu.
  • Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tepekkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
  • Giling beras dengan daun inai hingga lumat. Bulatkan adunan sebesar duit lima sen dan jemur hingga kering. Apabila hendak menggunakannya, titis sedikit air limau nipis. Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.
  • Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Lakukan seberapa kerap yang boleh.
  • Gosok beberapa helai pucuk daun tanjung pada telapak tangan, kalau boleh biar hingga lumat. Kemudian gosokkan ke muka dan biarkan kering. Basuh muka dengan air bersih. Amalkan setiap hari.
  • Campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering basuh kering basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu.
  • Belah dua biji tomato. Sapukan rata pada muka sebelum tidur. Biarkan sehingga kering. Buangkan biji tomato yang melekat di muka. Keesokan harinya, basuh muka dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
bersambung ke Petua Hilangkan Jerawat II

Technorati Tags: , , , ,
AddThis Social Bookmark Button

0 comments:

Post a Comment